Thursday, June 25, 2009

vacation on holiday!!part 3..Candat sotong!!





ni lagi besh..besh of d besh bg aku..aku g Candat Sotong kat perairan pulau kapas..pulau kapas lagi..hehe..
aku g ni ikot pakcik aku..sewa bot rm600..mahal2..tp bkn aku yang bayar..hehe
aku g ni dr pkul 6pm sampai 6am esoknye..tido dlm bot la..
ni 1st time aku g candat ni..dlm ramai2 pncandat tu..aku 2 org je kaum wanita.hehe
bngge weh..yang bestnye..aku langsung xmabuk laut..sbb da makan ubt awl2..hee
hasil aku candat sotong??aku dapat 25 ekor..plg banyak di kalangan org atas bot tu..hehe
mayb sotong tu terpikat kat awek mcm aku nih..haha
semua skali kitorang daapt dalam 40kilo..bangge gile weh..1st time tuh..hihi
kalo buleh thn dpn nak g lagi..hehe

vacation on holiday!!part 2



ni pulak aku g pulau kapas..aku g kejap je...just nak g picnic la..tempat ni cantekk siot..aku g ni free..hihi..sbb naik bot nelayan..kalo ikot praturan dan undang2 LAut melake(aku main taram je..hehe),bot nelayan xleh brenti kat pulau kapas sbb takot mengancam spesies terpelihara..so aku g scara salah di sisi undang2 la ni..hihi..naseb bek x kene tangkap ngan maritim ke,polis marin ke,nanti x pasai2 masok buletin utama TV3..haha
air jernih gle..nampak x kat gamba tuh??sampai itam legam aku g pulau kapas nih..huhu..
tp xpe..besh pnye tempat..eden x kesah..hope sgt bleh pegi lagi..

vacation on holiday!!

nampaknye wajah yang same lagi..hahaha



hurm..skang da stat sem baru tp aku baru nak cte psal cuti..hehe
banyak mende yang aku wat mase cuti ni..kre ni cti yg plg besh la..mle2 aku g lepak kat pantai batu buruk ngan kengkawan aku..from left pino,nabila,pehan,izzah,cmah,aku n soud..
bygkan la rmai2 ni nek satu kete je..hahah..ktorang just lepak sambil makan2..pastu mase nak balik tuh..tbe2 ade plak kluar idea nk g sekayu..keesokannye ktorang g la sekayu waterfalls..air die sejukkk...besh bangat..tgk la gamba ni betape beshnye..hehehehe

vacation on holiday!!

Tuesday, June 2, 2009

CANDAT SOTONG

Minggu depan pak cik aku ajak g candat sotong..hehe
camne lah ek?
mabuk laut ke aku ni?
larat ke aku nanti?aku da la lembek..haha
dapat sotong ke?
inilah soalan2 yg bmain di benakku..(apsal len je ayat aku ni?hahaha)
meh nk cite sket pasal candat sotong

Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronakan yang tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya.


MUSIM ATAU MASA YANG SESUAI


Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing. Rezeki akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur, iaitu tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu egresif sehinggakan mereka memakan diantaranya (sama sendiri). Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Di tempat begini candat twist yang paling efektif sekali, dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong melekat pada candat. Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya. Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.

maklumat ni aku amek dr blog ni-http://matskai.blogspot.com/2008/05/ilmu-candat-sotong-musim-sotong-dah-weh.html..tme kaseh encik..hehe

Monday, June 1, 2009

lawak..lawak..

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, “Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi.”

Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata,

“Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu.”